Assalammualaikum wbt,
sedikit pengenalan yang ingin saya kongsikan bagi mereka yang di luar sana,
mungkin amat berguna bagi mereka atau boleh dikata kan salah satu tunjang pemangkin semangat untuk terus menimba ilmu , bagi mereka yang ingin menambah baik lagi profile dalam diri mereka,
seperti sedia maklum
kementerian malaysia dalam berapa tahun ini kelihatan amat peka dengan fenomena yang sedang berlaku dalam bidang industri yang semangkin pesat , dan peningkatan tahap kemahiran yang tinggi bagi setiap pekerja pekerja di Industri minyak dan gas begitu juga dengan industri luar dari minyak dan gas, tetapi masih kurang yang mempunyai Sijil Keterampilan bagi men-sahkan pengalaman akan kemahiran bagi setiap individu bagi melayakan diri mereka bagi setiap bidang yang berkenaan,
https://www.facebook.com/gtisb.com.my/posts/adtec-jpk-welding-certification-mwjsterima-kasih-kepada-adtec-kemaman-wansaypul-/3581498921910055/
merujuk kepada link article yang di atas dari sebuah page Facebook iya amat membantu bagi mereka ingin tahu lebih lanjut berkenaan bidang yang berkenaan .
alhamdulilah semenjak saya terbaca artilcle ini saya terus tergerak hati untuk memiliki sijil ini, dan khidmat saya Sebagai Quality Engineer/Inspector Lebih Luas sebab dengan adanya
Sijil/Diploma kemahiran yang berkenaan yang di peruntukan oleh Kerajaan Malaysia,
kepada yg mungkin belum tahu, JABATAN PEMBANGUNA KEMAHIRAN atau lebih di kenali
''JPK''
telahpun mempunyai welding certification sendiri iaitu:
a) MC-060-2 – Welding Inspection Tahap 2
b) MC-060-3 – Welding Inspection Tahap 3
(1) Macam mana nak dapatkan sijil welding inspection JPK ni?
Kalau certification lain cthnya seperti AWS, CSWIP, PCN, kita perlu hadir training dan mengambil exam. Bila pass, certification body akan mengeluarkan sijil yg berkaitan. Pada masa ni, JPK menggunakan kaedeh PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu).
(2) Apa PPT tu?
Secara ringkasnya, pengiktirafan melalui pengalaman dan pencapain terdahulu, tidak ada training ataupun exam. Sebagai contoh En. Zulkifli telah berkerja selama 8 atau 15 tahun sebagai
QA/QC Inspector / Welding tech atau Asst Welding Insp Welding Supv atau apa2 yang berkenaan dengan Inspection tetapi tidak ada sebarang certification, maka dia boleh memohon kaedah PPT ni.
(3) Macam mana nak memohon?
Jika sudah memenuhi syarat-syarat JPK yg dinyatakan dalam beberapa document cthnya National Occupational Skill Standard (NOSS), kita boleh memohon melalui system online myspike. Kita perlu buat penilaian kendiri dan upload beberapa document yg diperlukan contohnya
Pengesahan pengalaman kerja, yang berkenaan Semakan certificate dan lain-lain. akan Ada kaedah penilaian portfolio dan Penilaian amali.sesi ini akan di semak mengikut prosedur sesi Verifikasi Oleh PEGAWAI PENILAI - PP-PPT DAN PPL-PPT yang di lantik oleh Kerajaan Malaysia
(4) Berapa bayaran untuk dapatkan sijil JPK ni?
RM 300 untuk setiap program ataupun tahap. Kalau Welding Inspection tahap 2 & 3 total RM 600.
(5) Soalan yg paling popular, sijil JPK ni diterima ke?
Sepatutnya ia wajib diterima oleh semua syarikat di Malaysia sama seperti semua syarikat menerima sijil RT JPK/SKM.
Tahukah anda beberapa negara lain pun mempunyai welding certification sendiri (selain AWS, CSWIP, PCN, CWB) contohnya:
a) South Afrika – SAIW
b) Australia - WTIA
c) Iran
d) Dan beberapa negara di Europe
Dalam Petronas Technical Standards (PTS), sijil JPK welding inspection telahpun diterima dan dinyatakan dalam beberapa PTS contohnya PTS 15.12.10 – Welding Of Structural Steel (boleh refer photo)
Tetapi ada juga PTS yg belum menyatakan penerimaan JPK welding inspection secara terus, contohnya:
(a) PTS 15.12.01 – Welding for Chemical Oil & Gas Industries (hanya ASNT & ISO 9712)
(b) PTS 12.30.05 – Shop & Field Fabrication of Piping (hanya PCN/CSWIP/ AWS)
(c) PTS 15.12.04 – Welding of Pipeline (hanya menyatakan sijil JPK untuk NDE personnel)
Kalau boleh, semua PTS dapat diseragamkan dan menyatakan penerimaan sijil JPK welding inspection secara terus bukan hanya "term equivalent". Ini secara tidak lansung akan mengiktiraf system JPK ni.
(6) Siapa yg perlu memainkan peranan ni? Adakah JPK?
Untuk mengharapkan hanya JPK mungkin agak susah sebab JPK ni mempunyai banyak peranan dan perlu cover banyak bidang kerja lain.
Maka, MWJS perlu bergerak kehadapan untuk memainkan peranan yg lebih besar dalam menaikkan martabat sijil JPK welding inspection ni. MWJS perlu menjadi ILB (Industry Lead Body) kepada JPK dalam bidang "welding atau inspection" sama seperti MSNT yg menjadi ILB untuk bidang NDT.
MWJS boleh menjadi union bukan saja untuk welding inspector tetapi juga untuk welder dan lain-lain inspection personnel.