Saturday 19 February 2022

JPK WELDING INSPECTOR LEVEL 2 AND 3

 Assalammualaikum wbt,

sedikit pengenalan yang ingin saya kongsikan bagi mereka yang di luar sana,

mungkin amat berguna bagi mereka atau boleh dikata kan salah satu tunjang pemangkin semangat untuk terus menimba ilmu , bagi mereka yang ingin menambah baik lagi profile dalam diri mereka,

seperti sedia maklum 

kementerian malaysia dalam berapa tahun ini kelihatan amat peka dengan fenomena yang sedang berlaku dalam bidang industri yang semangkin pesat , dan peningkatan tahap kemahiran yang tinggi bagi setiap pekerja pekerja di Industri minyak dan gas begitu juga dengan industri luar dari minyak dan gas, tetapi masih kurang yang mempunyai Sijil Keterampilan bagi men-sahkan pengalaman akan kemahiran bagi setiap individu bagi melayakan diri mereka bagi setiap bidang yang berkenaan,

https://www.facebook.com/gtisb.com.my/posts/adtec-jpk-welding-certification-mwjsterima-kasih-kepada-adtec-kemaman-wansaypul-/3581498921910055/

merujuk kepada link article yang di atas dari sebuah page Facebook iya amat membantu bagi mereka ingin tahu lebih lanjut berkenaan bidang yang berkenaan . 

alhamdulilah semenjak saya terbaca artilcle ini saya terus tergerak hati untuk memiliki sijil ini, dan khidmat saya Sebagai Quality Engineer/Inspector Lebih Luas sebab dengan adanya 

Sijil/Diploma kemahiran yang berkenaan yang di peruntukan oleh Kerajaan Malaysia,


kepada yg mungkin belum tahu, JABATAN PEMBANGUNA KEMAHIRAN atau lebih di kenali
''JPK''
telahpun mempunyai welding certification sendiri iaitu:
a) MC-060-2 – Welding Inspection Tahap 2
b) MC-060-3 – Welding Inspection Tahap 3
(1) Macam mana nak dapatkan sijil welding inspection JPK ni?
Kalau certification lain cthnya seperti AWS, CSWIP, PCN, kita perlu hadir training dan mengambil exam. Bila pass, certification body akan mengeluarkan sijil yg berkaitan. Pada masa ni, JPK menggunakan kaedeh PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu).
(2) Apa PPT tu?
Secara ringkasnya, pengiktirafan melalui pengalaman dan pencapain terdahulu, tidak ada training ataupun exam. Sebagai contoh En. Zulkifli telah berkerja selama 8 atau 15 tahun sebagai
QA/QC Inspector / Welding tech atau Asst Welding Insp Welding Supv atau apa2 yang berkenaan dengan Inspection tetapi tidak ada sebarang certification, maka dia boleh memohon kaedah PPT ni.
(3) Macam mana nak memohon?
Jika sudah memenuhi syarat-syarat JPK yg dinyatakan dalam beberapa document cthnya National Occupational Skill Standard (NOSS), kita boleh memohon melalui system online myspike. Kita perlu buat penilaian kendiri dan upload beberapa document yg diperlukan contohnya
Pengesahan pengalaman kerja, yang berkenaan Semakan certificate dan lain-lain. akan Ada kaedah penilaian portfolio dan Penilaian amali.sesi ini akan di semak mengikut prosedur sesi Verifikasi Oleh PEGAWAI PENILAI - PP-PPT DAN PPL-PPT yang di lantik oleh Kerajaan Malaysia
(4) Berapa bayaran untuk dapatkan sijil JPK ni?
RM 300 untuk setiap program ataupun tahap. Kalau Welding Inspection tahap 2 & 3 total RM 600.
(5) Soalan yg paling popular, sijil JPK ni diterima ke?
Sepatutnya ia wajib diterima oleh semua syarikat di Malaysia sama seperti semua syarikat menerima sijil RT JPK/SKM.
Tahukah anda beberapa negara lain pun mempunyai welding certification sendiri (selain AWS, CSWIP, PCN, CWB) contohnya:
a) South Afrika – SAIW
b) Australia - WTIA
c) Iran
d) Dan beberapa negara di Europe
Dalam Petronas Technical Standards (PTS), sijil JPK welding inspection telahpun diterima dan dinyatakan dalam beberapa PTS contohnya PTS 15.12.10 – Welding Of Structural Steel (boleh refer photo)
Tetapi ada juga PTS yg belum menyatakan penerimaan JPK welding inspection secara terus, contohnya:
(a) PTS 15.12.01 – Welding for Chemical Oil & Gas Industries (hanya ASNT & ISO 9712)
(b) PTS 12.30.05 – Shop & Field Fabrication of Piping (hanya PCN/CSWIP/ AWS)
(c) PTS 15.12.04 – Welding of Pipeline (hanya menyatakan sijil JPK untuk NDE personnel)
Kalau boleh, semua PTS dapat diseragamkan dan menyatakan penerimaan sijil JPK welding inspection secara terus bukan hanya "term equivalent". Ini secara tidak lansung akan mengiktiraf system JPK ni.
(6) Siapa yg perlu memainkan peranan ni? Adakah JPK?
Untuk mengharapkan hanya JPK mungkin agak susah sebab JPK ni mempunyai banyak peranan dan perlu cover banyak bidang kerja lain.
Maka, MWJS perlu bergerak kehadapan untuk memainkan peranan yg lebih besar dalam menaikkan martabat sijil JPK welding inspection ni. MWJS perlu menjadi ILB (Industry Lead Body) kepada JPK dalam bidang "welding atau inspection" sama seperti MSNT yg menjadi ILB untuk bidang NDT.
MWJS boleh menjadi union bukan saja untuk welding inspector tetapi juga untuk welder dan lain-lain inspection personnel.

Sekian Terima Kasih.



Tuesday 1 March 2016

assalammualaikum..

saya mohammad saiful bin allex,
boleh di kenali sebagai md Saiful Allex,
tujuan saya menulis di blog ini,
hanya untuk berkongsi pengalaman saya semasa menduduki
peperiksaan untuk kursus di twi bagi trade welding inspector level 1,
yang telah beroperasi di shah alam twi south east asia




15,feb,2016
adalah tarikh dimana saya telah menghadiri kursus bagi CSWIP 3.0 PLUS
PADA JAM 8.30
kelas telah pun bermula


dan bermulanya sesi salam perkenalan bersama lectural,
lectural kami itu bernama hamzah,,
dan dia lah bertangung jawab untuk menjadi tenaga pengajar kami,
 dan bagi 
hari pertama,  
kami di beri serba sedekit pengatahuan bagi mengenal pasti segala teori dalam welding,
pada hari pertama dan yang pasti nya tentang defectx2 visual 
dan ianya sanagat berkesan..
pergh....terbaik,
tips nya senang saja..kita hanya perlu mengenal pasti setiap defect yang telah di terangkan..
kerana pembelajaran ini sangat penting dalam periksaan akhir nanti..
dan pada sebelah petang selepasa solat zohor,,
kami mulakan sesi training exam for 1st day,
dan di mula kan dengan 3 plate yang jenis defect nye sangat berlainan..
PERHATIAN!!!!! PASTIKAN SEMUA PLATE YANG DI BERI ITU HARUS DI HAFAL SEPENUHNYA..
kerana di exam nanti ANTARA 3 PLATE INI AKAN MENJADI METARIAL ANDA DI PEPERIKSAAN NATI..
jadi berusaha lah untuk menghafal segala
aspec2 yang  tertera nanti..

 dan pada hari kedua bermula lah dengan teori fillet joint,,,
antara yang paling mudah untuk di fahami dari pada butweld joint..
 kita perlu menghafal formula dan tahu dan memahami cara2 memakai nya...
 formula leg lengh dan trhoat thikness...senang kan..

                   



dan untuk yang mengikuti 3.0 PLUS ADA PRACTICAL MODULE
APA ITU PRACTICAL MODULE??????
untuk memahami welding technology...time ni kita kena lah fokus, sebab kita akan bawa ilmu                yg di beri oleh welding conductor ini apabila kita bekerja nanti..
Antara kelebihan practical kita akan dapat lebih memahami segala weld imperfection
biasa kita kena tungu metarial di welding  baru kita inspect metarial kalau ada defect2,
tetapi kalau di practical module kita di kehandaki  untuk melakukan kerja2 untuk
segala proses dalam kimpalan,.
kita tidak lah digalak kan untuk mengimpal dengan sempurna,,,kita lebih digalakAn untuk
MEREKA BENTUK BENTUK WELD IMPERFECTION,
CTH: POROSITY, UNDERCUT,LACK OF SIDE WALL FUSION/PENETRATION,
INCOMPLETE FILED GROOVE,CRATER, EXCESS WELD CAP,
OVERLAP,
 DAN SEBAGAINYA... BEST KAN....SAMBIL MENGIMPAL SAMBIL
 BELAJAR...
 yang bagus nye kita akan lebih cepat memahami apa kah yang akan menyebabkan terjadi defect dalam kimpalan,dan apakah dan bagaimana prosess unutuk repair segala defect ini... dalam module ini banyak kelebihanya..
kerana di CSWIP 3.1 Nanti akan ada soalan tentang welding technology,,
jadi cara yang paling mujarab untuk lulus ada lah harus rajin banyak2kan bertanya.....

dan selepas dua hari menjalani module ini...
 keesokan hari nya bermula lah exam..


  akhirnya....
bagi mengakhiri tajuk dalam blog ini...
saya akan ceritakan sedikit pengalaman dalam menduduki periksaan akhir bagi CSWIP 3.0 PLUS
peperiksaan bermula pada pukul 8.30am
kertas soalan bermula dengan filled weld 14 soalan dan butweld 20 soalan...
dan peratusan untuk lulus ujian ini: 70% butweld 14 soalan harus tepat, filet weld 10 soalan harus tepat..
dalam soalan ini ada 6 soalan yang percuma
contoh nye dia bagi satu  flate butweld,
dalam paper tu dia tanya crack?
tapi dekat metarial xda crack? jadi kita akan jawap non observe dan accepted,
dan soalan macam ini akan keluar jugak....jadi 30% peratus sudah di dalam tangan...hanya tingal jawab soalan yang wajib jer...


dan selepas exam.. kita akan mendapat certificated of attandence,,
sementara nak meunggu result selama sebulan,,


terima kasih kerana sudi membaca,,
semoga pengalaman saya ini dapat membantu anda sekiranya ada yang memerlukan...
assalammualaikum w.b.t